kawan :D



Semua orang tahu apa maksud sahabat kan? Malah budak kecik pun sudah ada sahabat. Sahabat bermain bersama. Sahabat gelak tawa, sahabat main kejar-kejar. Haha rindu pula time kecik-kecik. Teringin nak main barbie doll balik. Main masak-masak. Main monoply, jutaria, saidina. Ah rindu-rindu!! Time tu lah tiada sapa yang kutuk kita, kalau gaduh pun tak lama. Bestnya.....

Sekrang, nak cari sahabat susah senang bersama pun susah. Yang paling senang nak cari sahabat ialah sahabat yang ada dengan kita time kita senang je. Time kita susah? Dia cabut lari, cari kawan yang lain. Time kita ada masalah, kita minta tolong dia, bermacam-macam alasan yang dia bagi. Cakap jelah kalau tidak mahu menolong mungkin aku lebih memahami nya.

Alhamdulillah, sekrang aku sudah jumpa dengan sahabat susah senang bersama. Aku bersyukur sangat sangat  dengan-Nya kerana pertemukan aku dengan 7 orang sahabat yang sangat memahami ku. Yang terima aku sedia ada. Yang tegur aku bila aku buat kesalahan, yang selalu tolong aku time aku dalam kesusahan.  Alangkah lagi indah kalau sahabat kita sampai ke syurga. dyba, yuyu, risna , pilar , pajek , samantha dan carey <3

Ketahuilah seorang sahabat sejati amat bermakna dalam kehidupan. Mana mungkin tanpa sahabat kita boleh ketawa. Mana mungkin tanpa sahabat kita boleh menceritakan masalah bersama. Mana mungkin tanpa sahabat kita boleh bahagia. Sahabat tidak boleh dijual dan tidak boleh dibeli. Even kita taktahu dia kawan dengan kita sama ada ikhlas ataupun tidak. Itu hak dia. Antara dia dengan Allah.

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri. Walaupun sahabat selalu buat kita marah, menjengkelkan, suka buli kita, suka buat kita menangis, suka buat kita sakit hati. Tetapi sahabat juga lah yang membuat kita rasa seronok di sekolah. Yang membuatkan kita ketawa dan senyum setiap masa. Yang menjadi bahu untuk kita meluahkan segala masalah yang kita hadapi.
Betapa penting harga sebuah persahabatan kan? Bak kata orang, sayangilah dia sebelum dia pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya.