kalau lah ..


Kalau lah.....
Dapat undur masa, aku mausangat undur masa time aku jatuh cinta! aku takkan terima dia kalau aku tahu berakhir dengan air mata. Buang masa sahaja sayang kan orang yang tahu menyakitkan perasaan kita ni. Tapi siapa lah kita untuk lawan takdir Allah kan? Redha sahaja lah dengan ketentuan-Nya. Kalau dapat undurkan masa ni pun cuma dalam mimpi. Mustahil sangat-sangat dapat jadi realiti. Apa yang berlaku dengan kita ada hikmah disebaliknya. Mungkin kita putus dgn dia sbb Allah dah janjikan orang yg lebih baik daripada dia untuk kita suatu hari nanti. Kalau dah sampai jodoh. Sekrang ini hanya cinta monyet, cinta muka buku, cinta twitter dan cinta myspace. LOL.

Kalau lah......
aku tahu masa depan aku macam mana,aku tahu bila sdah besar nanti aku kerja apa. aku kahwin dengan sapa. Kalau lah aku tahu masa depan aku musnah, aku mau berusaha daripada sekrang mau belajar bersungguh sungguh. mau belajar biar dah besar nanti senang dapat kerja, gaji pun besar. Boleh balas jasa ibu bapa. Kalau aku tahu masa depan aku cerah. Alangkah gembiranya akku . yeeey nak sangat tahu kita kerja apa nanti bila dah besar. Adakah cita-cita aku akan tercapai. Adakah cita-cita aku hanya berhenti tengah jalan. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang akan berlaku selepas ini, esok, lusa, tulat, tahun depan dan tahun yang berikutnya.

Kalau lah......
aku tahu apa yang orang lain pikirkan, apa yang orang lain rasakan, mesti bahagia kan hidup? Kita dapat tahu sendiri yang dia suka kita, yang dia rindukan kita, seolah-olah dunia ini kita yang punya. Bagai hidup di awang-awangan. Hahahhaha tapi sayang ni citer dongeng ja. Kalau kita dapat baca isi hati orang, pemikiran orang, mesti akan selalu ada pergaduhan, mesti ada yang selalu kecil hati, benci antara satu sama lain. Sedih sana sini. Hidup takdelah gembira daripada kita lahir sampai kita meninggal. takdanya..... hidup ni banyak cabaran nya. banyak dugaan, banyak godaan.

Kalau lah....
aku tahu ajal aku bila, aku nak buat amal banyak-banyak biar masuk syurga. Tapi Allah ini maha berkuasa. Maha Adil. Kalau Dia bagitahu kita bila kita mati, rasa macam tak adil lah kan. Orang akan buat jahat, lepastu baru nak bertaubat. Sebab dah tahu ajal kita bila kan? Ustazah aku selalu cakap macam tu... Ajal tak kira umur tak kira masa tak kira dimana kita berada. Tapi kita dapat rasa sendiri bila ajal dah nak sampai. Ada 100 hari, ada 40 hari, ada 7 hari, ada 3 hari, ada satu hari, dan hari terakhir adalah hari kematian. Nak tahu lebih lanjut. Klik SINI.

Panjang lebar aku menaip. Ini lah apa yang saya inginkan. Tapi kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada. Dengan apa yang berlaku sekrang. Wallahualam.